Monday, January 10, 2011

Contoh soalan penulisan Bahasa Melayu - Bahagian A

http://www.docstoc.com/docs/20629241/BAHASA-MELAYU-(PENULISAN)

Penulisan Bahasa Melayu UPSR - Bahagian A

Salam semua kepada pengunjung blog cikgu.
Kali ini cikgu akan memberi fokus kepada tatacara Penulisan Bahagian A dalam penulisan Bahasa Malaysia UPSR.


A. Format

  • Bahagian ini mengandungi 1 bahan rangsangan sahaja seperti gambar
  • Bahagian ini tidak mengehadkan jumlah perkataan tetapi mesti ditulis dalam satu ayat sahaja bagi setiap peringkat.
  • Setiap peringkat, ayat mesti ditulis dengan lengkap dan diakhiri dengan tanda noktah.
  • Sebagai peringatan , walaupun terdapat lebih daripada 5 aktiviti yang terdapat dalam gambar, pelajar hanya perlu menulis lima aktiviti  yang berkaitan dengan gambar sahaja.
  • Markah bahagian ini ialah sebanyak 10 markah sahaja. Hal ini bermakna setiap ayat lengkap akan diberi sebanyak 2 markah.
  • Kesalahan bahasa jika ada akan ditolak dengan nilai maksimumnya sebanyak 2 markah sahaja
  • Dalam arahan soalan mengkehendaki para pelajar menulis 5 ayat berkaitan dengan bahan rangsangan atau gambar.
  • Hal ini bermakna para pelajar wajib membina 5 ayat sahaja
  • Melalui gambar atau bahan rangsangan yang diberi pelajar perlu mencari 5 jenis aktiviti yang ada di dalam gambar .
  • Setelah menandakan aktiviti dalam gambar pelajar hendaklah menyatakan kata kerja yang sesuai dengan aktiviti berkenaan. Sebagai contoh : 
  •  i. Aktiviti 1 - membaca buku - Ali membaca buku di pusat sumber bersama kawan-kawannya sewaktu rehat.
  • ii. Aktiviti 2 - menyusun buku - Aminah menyusun buku di rak buku dengan cermat dan teliti
  • iii. Aktiviti 3 - memerhati para pelajar - Cikgu Amin memerhatikan para pelajarnya yang asyik membaca buku di pusat sumber sekolah
  • iv. Aktiviti 4 - meminjam buku - Ah Seng dan Kumari meminjam buku di kaunter pinjaman untuk menjadi bahan bacaan di rumah.
  • v. Aktiviti 5 - memilih buku - Bakar sibuk memilih buku yang sesuai untuk dibaca dan dipinjam sebagai bahan bacaan di rumah.