Kali ini cikgu akan memberi fokus kepada tatacara Penulisan Bahagian A dalam penulisan Bahasa Malaysia UPSR.
A. Format
- Bahagian ini mengandungi 1 bahan rangsangan sahaja seperti gambar
- Bahagian ini tidak mengehadkan jumlah perkataan tetapi mesti ditulis dalam satu ayat sahaja bagi setiap peringkat.
- Setiap peringkat, ayat mesti ditulis dengan lengkap dan diakhiri dengan tanda noktah.
- Sebagai peringatan , walaupun terdapat lebih daripada 5 aktiviti yang terdapat dalam gambar, pelajar hanya perlu menulis lima aktiviti yang berkaitan dengan gambar sahaja.
- Markah bahagian ini ialah sebanyak 10 markah sahaja. Hal ini bermakna setiap ayat lengkap akan diberi sebanyak 2 markah.
- Kesalahan bahasa jika ada akan ditolak dengan nilai maksimumnya sebanyak 2 markah sahaja
- Dalam arahan soalan mengkehendaki para pelajar menulis 5 ayat berkaitan dengan bahan rangsangan atau gambar.
- Hal ini bermakna para pelajar wajib membina 5 ayat sahaja
- Melalui gambar atau bahan rangsangan yang diberi pelajar perlu mencari 5 jenis aktiviti yang ada di dalam gambar .
- Setelah menandakan aktiviti dalam gambar pelajar hendaklah menyatakan kata kerja yang sesuai dengan aktiviti berkenaan. Sebagai contoh :
- i. Aktiviti 1 - membaca buku - Ali membaca buku di pusat sumber bersama kawan-kawannya sewaktu rehat.
- ii. Aktiviti 2 - menyusun buku - Aminah menyusun buku di rak buku dengan cermat dan teliti
- iii. Aktiviti 3 - memerhati para pelajar - Cikgu Amin memerhatikan para pelajarnya yang asyik membaca buku di pusat sumber sekolah
- iv. Aktiviti 4 - meminjam buku - Ah Seng dan Kumari meminjam buku di kaunter pinjaman untuk menjadi bahan bacaan di rumah.
- v. Aktiviti 5 - memilih buku - Bakar sibuk memilih buku yang sesuai untuk dibaca dan dipinjam sebagai bahan bacaan di rumah.
No comments:
Post a Comment