Monday, January 10, 2011

Contoh soalan penulisan Bahasa Melayu - Bahagian A

http://www.docstoc.com/docs/20629241/BAHASA-MELAYU-(PENULISAN)

Penulisan Bahasa Melayu UPSR - Bahagian A

Salam semua kepada pengunjung blog cikgu.
Kali ini cikgu akan memberi fokus kepada tatacara Penulisan Bahagian A dalam penulisan Bahasa Malaysia UPSR.


A. Format

  • Bahagian ini mengandungi 1 bahan rangsangan sahaja seperti gambar
  • Bahagian ini tidak mengehadkan jumlah perkataan tetapi mesti ditulis dalam satu ayat sahaja bagi setiap peringkat.
  • Setiap peringkat, ayat mesti ditulis dengan lengkap dan diakhiri dengan tanda noktah.
  • Sebagai peringatan , walaupun terdapat lebih daripada 5 aktiviti yang terdapat dalam gambar, pelajar hanya perlu menulis lima aktiviti  yang berkaitan dengan gambar sahaja.
  • Markah bahagian ini ialah sebanyak 10 markah sahaja. Hal ini bermakna setiap ayat lengkap akan diberi sebanyak 2 markah.
  • Kesalahan bahasa jika ada akan ditolak dengan nilai maksimumnya sebanyak 2 markah sahaja
  • Dalam arahan soalan mengkehendaki para pelajar menulis 5 ayat berkaitan dengan bahan rangsangan atau gambar.
  • Hal ini bermakna para pelajar wajib membina 5 ayat sahaja
  • Melalui gambar atau bahan rangsangan yang diberi pelajar perlu mencari 5 jenis aktiviti yang ada di dalam gambar .
  • Setelah menandakan aktiviti dalam gambar pelajar hendaklah menyatakan kata kerja yang sesuai dengan aktiviti berkenaan. Sebagai contoh : 
  •  i. Aktiviti 1 - membaca buku - Ali membaca buku di pusat sumber bersama kawan-kawannya sewaktu rehat.
  • ii. Aktiviti 2 - menyusun buku - Aminah menyusun buku di rak buku dengan cermat dan teliti
  • iii. Aktiviti 3 - memerhati para pelajar - Cikgu Amin memerhatikan para pelajarnya yang asyik membaca buku di pusat sumber sekolah
  • iv. Aktiviti 4 - meminjam buku - Ah Seng dan Kumari meminjam buku di kaunter pinjaman untuk menjadi bahan bacaan di rumah.
  • v. Aktiviti 5 - memilih buku - Bakar sibuk memilih buku yang sesuai untuk dibaca dan dipinjam sebagai bahan bacaan di rumah.

Saturday, December 4, 2010

Tatabahasa 1- Golongan Kata

Kata Nama Am
Maknanya: merujuk kepada nama
i.              orang    : abang, mak cik , setiausaha
ii.             tempat  : klinik, surau, kedai
iii.            benda    : pensel, komputer, raket
iv.           binatang : ayam, lembu, monyet
v.            perkara (abstrak) : mimpi, jenaka,roh

Kata Nama Khas
Maknanya merujuk kepada sesuatu perkara secara khusus. Ejaannya bermula dengan huruf besar
i.              orang    : Akim , Mawi , Siti Nurhaliza
ii.             Tempat : Melaka, The Mall, KLCC
iii.            Benda   : Samsung(TV), Power(kasut sukan),LG(mesin basuh)
iv.           Binatang  : Si Tompok (kucing), Puppy(anjing) Si Merah (ayam)

Friday, December 3, 2010

Kesalahan Penggunaan Bahasa 1

                    Penggunaan ‘ di antara ‘ dan ‘ antara ‘ serta kesalahan penggunaannya

Bil
Kata
Salah
Betul
A.
Di antara    
    1.       Ayah duduk antara abang dan ibu
    2.       Rumah saya terletak antara surau dan pejabat pos
1.       Ayah duduk  di antara abang dan ibu
2.       Rumah saya terletak  di antara surau dan pejabat pos
B.
antara
1.       Di antara peraturan yang perlu dipatuhi pelajar ialah mereka  mesti berpakaian seragam
2.       Di antara puisi yang disampaikan merupakan puisi penyajak terkenal
1.       Antara peraturan yang perlu dipatuhi pelajar ialah mereka  mesti berpakaian seragam
2.       Antara puisi yang disampaikan merupakan puisi penyajak terkenal

Tuesday, November 30, 2010

FORMAT KERTAS BAHASA MALAYSIA - UPSR (SEKOLAH KEBANGSAAN)

KERTAS  1 - PEMAHAMAN
- Masa     - 50 minit
- Markah - 40 markah
- Bilangan  soalan - 40 soalan objektif
     a. kemahiran berbahasa - 30 soalan
     b. 2 petikan                   - 10 soalan ( 5 soalan bagi setiap petikan)
KERTAS 2 - PENULISAN
- Masa - 1 jam 15 minit
- Markah - 60 markah
- Bahagian A - 10 markah ( 1 soalan wajib dijawab/ tiada had jumlah perkataan)
- Bahagian B - 30 markah ( 3 soalan - pilih satu soalan sahaja/tidak kurang 80 patah perkataan)
- Bahagian C - 20 markah ( 1 soalan wajib dijawab / tidak lebih 50 patah perkataan)
                                         

Sunday, November 28, 2010

Pengisian Blog

Salam semua!!
Blog ini akan cikgu gunakan untuk memberi informasi terkini tentang perkembangan bahasa yang berlaku mutakhir ini. Di samping itu blog ini juga akan menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai untuk para pelajar yang ada kesungguhan untuk memperbaiki kemahiran berbahasa mereka. Pada cikgu sesuatu bahasa itu akan dapat dikuasai dengan baik apabila prinsip-prinsip kebahasaan difahami dengan jelas. Cikgu akan membahagikan blog cikgu ini kepada beberapa item utama seperti :
1. Info Mutakhir Bahasa
2. Bahan Pembelajaran
      a. Tatabahasa
      b. Pemahaman
      c. Penulisan
      d. Kesilapan calon
      e. Soalan-soalan topikal
      f. Soalan-soalan ujian
      g. Bank soalan
      h. Kemusykilan bahasa
      i. Sudut puitis
3. Link dengan bahan/info yang lain

Cikgu harap maklumat yang bakal cikgu persembahkan akan memberi manfaat yang besar kepada semua pengunjung blog cikgu. Selamat berjumpa lagi!