Tuesday, November 30, 2010

FORMAT KERTAS BAHASA MALAYSIA - UPSR (SEKOLAH KEBANGSAAN)

KERTAS  1 - PEMAHAMAN
- Masa     - 50 minit
- Markah - 40 markah
- Bilangan  soalan - 40 soalan objektif
     a. kemahiran berbahasa - 30 soalan
     b. 2 petikan                   - 10 soalan ( 5 soalan bagi setiap petikan)
KERTAS 2 - PENULISAN
- Masa - 1 jam 15 minit
- Markah - 60 markah
- Bahagian A - 10 markah ( 1 soalan wajib dijawab/ tiada had jumlah perkataan)
- Bahagian B - 30 markah ( 3 soalan - pilih satu soalan sahaja/tidak kurang 80 patah perkataan)
- Bahagian C - 20 markah ( 1 soalan wajib dijawab / tidak lebih 50 patah perkataan)
                                         

Sunday, November 28, 2010

Pengisian Blog

Salam semua!!
Blog ini akan cikgu gunakan untuk memberi informasi terkini tentang perkembangan bahasa yang berlaku mutakhir ini. Di samping itu blog ini juga akan menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai untuk para pelajar yang ada kesungguhan untuk memperbaiki kemahiran berbahasa mereka. Pada cikgu sesuatu bahasa itu akan dapat dikuasai dengan baik apabila prinsip-prinsip kebahasaan difahami dengan jelas. Cikgu akan membahagikan blog cikgu ini kepada beberapa item utama seperti :
1. Info Mutakhir Bahasa
2. Bahan Pembelajaran
      a. Tatabahasa
      b. Pemahaman
      c. Penulisan
      d. Kesilapan calon
      e. Soalan-soalan topikal
      f. Soalan-soalan ujian
      g. Bank soalan
      h. Kemusykilan bahasa
      i. Sudut puitis
3. Link dengan bahan/info yang lain

Cikgu harap maklumat yang bakal cikgu persembahkan akan memberi manfaat yang besar kepada semua pengunjung blog cikgu. Selamat berjumpa lagi!

Sejarah dan Pengalaman Mengajar

A.Pendidikan Rendah
1. Tadika kemas Tangga Batu (1973)
2. SK. Tangga Batu (1974-1979)
B.Pendidikan Menengah
3.SMK(A) Sultan Mohammad, Batu Berendam Melaka (1980-1982)
4. Kolej Islam Klang (1983-1984)
C.Pendidikan Menengah Atas ( Ting. 6 )
5. SMK. Ghaffar Baba, Masjid Tanah, Melaka (1985)
D.Sijil Ikhtisas
6. Maktab Perguruan Sultan Idris, tanjung Malim , Perak (1986-1989)
E. Kelayakan Akademik
7. Diploma Perguruan Khas, Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban(1996)
8. Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) , UPM(1997-1999)
F. Pengalaman Mengajar
1. SRJK(C) Chung Kwok, Jln. Merpati, K.Lumpur (1989-1995)
2. SRJK(C) Bertam Ulu, Melaka(1996- 2 hari)
3. SRJK(C) Wen Hua, Batu Berendam, Melaka(1996-1 minggu)
4. SK. Kg. Tengah , Kuala Sg. Baru, Melaka(1996- 6 bulan)
5. SMK. Kempas, Johor Baharu ( 1 hari)
6. SMK. Buloh Kasap, Segamat, Johor( 4 bulan )
7. SMK. Tinggi Melaka, Melaka ( 11 tahun )
8. SK. Malim, Malim, Melaka.(mulai 1.10.2010 - sekarang)

Pengenalan

Salam bahagia kepada semua peminat blog. Cikgu akan memulakan tugas sebagai penulis tetap blog cikgu ini yang bermula pada saat dan ketika ini. Tujuan cikgu membuat blog ini adalah untuk sama-sama berkongsi maklumat dan info yang berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu khususnya bagi peringkat UPSR. Sebagai maklumat cikgu merupakan seorang guru yang telah berkhidmat sebagai pendidik selama 20 tahun. Bidang khusus cikgu adalah dalam subjek Bahasa Melayu.